Rewang.

Kak Imah, anak Cik Leha dan Pak Cik Syed, jiran depan rumah bertunang hari ini.
10 Februari.
bersamaan dengan cuti Raya Cina.
bukan main banyak jemputan kenduri hari ini.

orang sekarang mahu yang mudah saja,
asal ada kenduri majlis makan besar,
tempah catering sudah. senang.

tapi jiran aku ni tak.
buat majlis rewang.
kenduri kecil-kecilan.
aku suka.
jiran-jiran pakat datang,
orang lelaki dengan memasaknya,
orang perempuan pakat siang potong bawang bagai.
baru meriah. baru erat silaturrahim sesama tetangga.

time-time macam ni,
haruslah join the crowd.
geng makcik-makcik tengah memotong dan mengupas.
sekali Cik Milah tanya Mak,

"haaa.. agak-agak yang tu nak buat akad nikah bila?" heh. soalan bukan main terus terang ditanya mak aku.
Cik Milah ni femes sebagai tukang masak kenduri kendara, plus majlis untuk surau.

aku buat dono.
sengih. hai laaa.. calon aku ni pun tak ada. nak kenduri pun hapanya?

mak ku jawab.
"lambat lagi... bagi habis belajar. kerja dulu,"

lega.
hah. baik aku undur diri,
kang lama-lama aku yang macam tugu negara,
keluar soalan aku taktau nak jawab.

masuk dalam rumah tuan rumah,
pergi bilik,
geng ubah hantaran.
duduk sekali dengan Kak Imah yang nak bertunang.
ada sekali kak Shifa, kakak kepada kak Imah, (baru sahaja dapat anak sulung 2 bulan lepas.)
Atiqah adik mereka, dan Mak Uda, makcik mereka tumpang sekaki.

"nah Kak Long. Hang pandai buat sikit. try buat hat cokelat ni sat," kak Shifa menyuruh.
"lawa dah ni haaa," tanganku touch-up sikit-sikit apa yang patut.

"ni, aku tak reti nak susun lagu mana taktau buah ni," kak Imah mengeluh.
"niii, hang bagi kak long buat  tuh. suruh dia buat semua," kak shifa memberikan ku lagi kerja.
saja ngusik katanya. lama tak jumpa.

memanglah. aku balik pun setahun sekali.

"kak long suka no buat benda macam ni?" kak shifa tanya lagi.

haha. bolehlah.
seni jugak.
mari bakul, buah, kain semua,
tangan aku terus try and error.
peh...macam tak biasa ubah-ubah hantaran ni kan?

sambil tu, Mak Uda pesan, dia tengah mengandung lapan bulan,

"besok-besok ni, hampa nak cari laki, jangan dok cari macam ni.
anak sedara mak Uda tu, dia lelaki. dia kata, 
nanti kalau dia nak kahwin cari bini yang kerja. boleh bantu dia sama. 
mak Uda habaq macam ni kat dia. 
boleh dak mak Uda nak tambah sikit? 
kita ni, dari kecik, mak ayah dah bantu kita, jaga kita sampai buleh masuk uni, 
takkan hang nak bini hang bantu hang pulak?
mana tanggungjawab sebagai lelaki tuh?
Tuhan kan suruh lelaki ni jadi pemimpin.?
Dia senyap terus,"

aku diam dengar.
biasalah. majlis-majlis macam ni selalu dapat nasihat free.
dari orang pengalaman. hihi.

mak Uda sambung lagi,

"kalau jumpa mak mertua yang jenis 'haa.. pi lah pinjam duit menantu kita tuh,' tok sah dok buat mak mertua. esok-esok dia perkudakan hampa ja.,"

aku telan liur. cuba hadam maksudnya.

belum habis lagi,

"laki zaman la ni banyak yang topeng. biaq laah dia yang jenis hat meniaga tepi jalan tuh takpa.
asai hati ikhlas, rajin buat kerja."

"ya...betuiii!" aku sokong. memang tak boleh harap zaman la ni.
tak boleh percaya sangat orang.
Yang intelektual, yang profesional, yang berjubah serban.
Ramai yang sembunyi belang, kuku tajam.
Heh.

siap sudah susun buah dalam bakul.

"hang tengok, lawa ja kak long buat. patut suruh hang buat semua," puji kak Shifa.

"eeeiii.. akak ni saja ja kan," satu cubitan singgah paha dia. kan dah kena.
sengih.

ini baru cara rakyat marhaen.
duduk merewang sekali.
bersembang bergosip cerita-cerita kita.
tapi sayang,
majlis merewang makin hilang ditelan kemajuan.
tapi masih meriah di kampung-kampung dalam.

simpan azam.
kalau... aku kata kalau.
majlis aku nanti buat rewang macam ni.
hek.







4 comments:

Dai said...

aku habaq dah kat mak aku nak buta merewang. dia kata tak mau. sobbb

abdullah said...

nanti aku rewang kenduri hang na... haha

.::annemishi::. said...
This comment has been removed by the author.
.::annemishi::. said...

Dai : mak aku kata ; "kalau kenduri buat kat rumah. Tetamu dok mai. Bawak berkat. Boleh tau rumah," huahah