Tersenyum melihat langit.

Langit yg tak berawan.
Kosong.
Langit berawan.
Berkepul-kepul.
Langit malam.
Penuh gugusan bintang-bintang.
Langit senja.
Kemerahan keemasan.
Langit mendung gelap.
Menangiskan hujan.
Tersenyum melihat semuanya.

Langit yg tak bertiang.
Langit tinggi laluan ribuan rahmat.

Di mana-mana sahaja ada langit.Tak perlu pergi spesifik tempat untuk tengok langit.
Cuma mungkin berbeza.

Langit OZ dengan langit malaysia tak sama kadangnya.
Langit OZ selalu saja sampai tahap kosong, negative awan.
Patutlah teriknya lain macam.
Birunya pun lebih cerah. Kot.

Langit malaysia selalu sahaja berawan.
Panas2 tengah hari rembang pon taklah sesilau dekat oz.

Langit di kutub hujung dunia punyai aurora.
mungkin langit di negara matahari terbit, jepun,
lagi indah dengan cahaya paginya.
mungkin saja di negara lain,
sama dan tak banyak bezanya. mungkin.

Langit malam di oz penuh dengan cahaya bintang.
Aku pernah ajak temanku buat kerja romantis begini.
teehee...
Tarik sleeping bag baring di tengah laman belakang rumah.
Compound rumah di sini luas, terlindung dengan pagar.
tak perlu risau orang luar/jiran nampak.
Berbaring dalam sleeping bag tengah laman rumah.
Mengadap jutaan bintang2 di langit
dalam kesejukan winter 2-3 degree celcius
Wap berkepul-kepul keluar bila bernafas.
ditemani 4 5 cahaya lilin wangi.
wahah.
menarik kan?
lalu berbicara dengan temanku apa yg disimpan.
acecee..


Ingat lagi di waktu ketika,
Menjadi co-driver awal-awal pagi hari sehingga subuh.menuju ke New Castle dari Canberra.
Kiri kanan dipenuhi hutan.
Lampu jalan sebatang haram aku kira pon tak ada.
Teman yg lain nyenyak di belakang.
Yg berjaga hanyalah driver dan co-driver.
Bertemankan bintang penuh di langit di tengah kegelapan malam.
Satu lintasan cahaya,shooting star jelas di depan mata.
Teruja sekejap. Hoho.

Dengan memandang langit,
buatkan aku banyak berfikir.
Fikirkan tentang Dia Sang Pencipta.
Kuatkan lagi akidah ku tentang yg satu.
Andai Dia mampu ciptakan langit tak bertiang,
tentu mudah bagi Dia membolak-balikkan hati manusia.
tentu mudah bagi Dia untuk berikan hukuman untuk hamba-Nya yg mungkar.
tentu mudah bagi Dia limpahkan kurnia pada hamba-Nya yg beriman.

"Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi".- Surat al-An'aam:101.
"Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya."-  az-Dzariyat:47.
 
Ini langit OZ yg awannya setompok-setompok.

Langit OZ yg langsung tak berawan.

 
Sunset dari atas bukit. :) lagi, langit kosong OZ.

 
Langit petang, malaysia. :)

  
Lagi langit senja, malaysia juga.
 
Sunset dari belakang rumahku di OZ. :)
 masih di belakang rumah. hihi.
cantik bukan?
subhanallah. :)


p/s : semua gambar aku ambil guna fon saja, tak pakai kamera pusing-pusing lens pon. :p

2 shin chan's crayons:

caRRoTPiE said...

tersenyum setiap kali baca post ang.. =)

crixerity said...

Ala, telefon genggam mahai bolehlah...