241211.
Otw dari Shah Alam ke Ipoh.
pandang ke luar tingkap menghadap langit.
langit yg tak pernah buat aku rasa bosan.
teringat saat waktu bila bersama dengan orang-orang yg cantik di dalam mahupun di luarnya.
blessing.
terasa dihujani dengan rahmat Allah ketika itu.
teringin aku menjadi seperti mereka.
kagum.
Entah macam mana tetiba aku terasa hendak bertanya seniorku yg tengah memandu itu.
"Kak Balqis, macam mana kita nak bezakan yg ilham yg kita dapat tu dari tuhan atau pun yg itu dari syaitan? masalahnya kita tak tahu itu betul ke tak,"
"Kena ikut syariat. Kalau dibenarkan dalam syariat, kiranya benda tu boleh buatlah,
Allah kata, ikutlah kata hati sebab hati ini fitrahnya akan menghala ke arah kebaikan."
"Oh yaa? Tapi kan, hati tuh nak buat benda tak elok jugak. macam mana tuh?"
"kalau dah rajin buat dosa, tak bertaubat, hati itu penuh dengan titik-titik hitam. Jadi susahlah dia nak pandu kita ke arah kebaikan. sebab tu kita disertakan dengan akal untuk mengassistkan hati scan mana yg baik, mana yg buruk."
"..."
"sebab tu kita kena bersihkan selalu dengan zikir, dengan buat benda2 sunat, supaya hati itu kembali kepada fitrah yg mahukan kebaikan. kena jugak rajin tuntut ilmu biar akal tahu yg mana betul dan salah."
terdiam berfikir.
tarik nafas panjang-panjang.
dan aku rasa aku dah tahu jawapan yg aku mahu.
Pak Lebai, Kerbau dan Babi
3 hours ago

0 shin chan's crayons:
Post a Comment