complementing each other.

قَالَ رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِى صَدۡرِى (٢٥) وَيَسِّرۡ لِىٓ أَمۡرِى (٢٦) وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةً۬ مِّن لِّسَانِى (٢٧) يَفۡقَهُواْ قَوۡلِى (٢٨ 
Nabi Musa berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
"Supaya mereka faham perkataanku;" Taha : 25-28.
ini doa nabi musa.
doa yg selalu kita baca sebelum baca buku.
iya, doa ini ada dalam quran. huk.
dan, siapa pernah ambil tahu maksud dia apa?

mengaku, aku pun baru terbaca ayat ni dalam 2-3 bulan lepas.
ish. *geleng kepala*

tak rasa ke, doa-doa yg kita baca tuh, sebenarnya
boleh ja kita baca anytime anywhere. wow.
walaupun nama doa tuh, doa makan, doa masuk tandas, doa tengok cermin, and the list goes on.
kalau faham maksud, kita boleh ja fit kan doa tuh dengan situasi lain.

contoh, 

di kala tengah malas nak buat esaimen, mulalah rasa nak buat kerja-kerja lagha dan langsung tak memberi faedah kepada diri, mahupun agama dan negara.

bacalah doa ini.
"Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina."
oh, ini maksud doa masuk tandas.
boleh nampak keserasian situasi di situ?

bukti betapa Allah itu sentiasa mahukan hamba-hamba-Nya meminta kepada dia.
masalahnya kita ini selalu terlupa baca doa. hek.


complementing.
gambar 1 June 2011.

sambungan maksud ayat,
"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.
Iaitu Harun saudaraku; 
Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,
Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, 
Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami." Taha : 29-35.
ini kisah nabi Musa memohon kepada Allah, agar Harun menjadi pembantunya dalam mendakwah bani israel.
disebabkan nabi musa tak boleh bercakap dengan betul (salah firaun).
jadi, dia berdoa agar Harun yg akan menolongnya bila sampai bab bercakap.
dan doa itu dimakbulkan Allah.

kat sini, nak diceritakan,
Allah hantar Harun sebab nak complement kan Musa untuk tunaikan dia diutuskan menjadi nabi.
bahawasanya... member-member kita tuh kan
sebenarnya Allah yg hantar.
yes, no body is perfect.
sebab itu kita dikelilingi dengan manusia lain,
tinggal diri kita sendiri, nak lihat sesuatu benda tu dari sudut mana.
aku tak cukup ini, dia lengkapkan yg itu.
aku ada bahagian ini, dia pula yg tak ada.

hak kesempurnaan tahap moksya itu hanyalah milik Dia yg satu.
sebab kita nih hanya hamba Dia memang layaklah cacat tak sempurna.
haah. kita semua nih cacat sebenarnya.
tak fizikal, akhlak, attitude.

*dan rasullullah itu diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

mentaliti orang kita masalahnya hanya fikir pasal,
having a partner is the way to complement ourselves.

betul, tapi...
mari buka tingkap minda kita bukan hanya di depan, tapi kiri kanan belakang atas bawah. 
thinnkkkk beyond than that.

somehow, aku rasa ayat ni sangat suweet sebenarnya.
haha.
tak ke?
hidup kita sebenarnya dihujani dengan 1000 rahmat.
hari-hari.
tapi kita sendiri yg kufur nikmat.
mahu Dia tak marah?

taubat nasuha.

Bulan dipagar awan.

12.45 am.

Baru nak melangkah masuk ke rumah, pulang dari 'taman syurga', berbaju kurung.

"subhanallah, ada lingkaran dekat bulan." -teman.

Tak jadi masuk. Letak barang depan pintu,
terus berbaring di rumput halaman bersebelahan dengan teman.
Peduli apa dengan angin malam yg sejuk.

"haah, cantik sangat. Subhanallah. Lingkaran awan."

Kagum.



17 rabiul akhir. Bulan penuh, cahayanya saja terasa melimpah memenuhi segenap langit.
Putih. Suci. Berseri-seri.
Jelas, bulan dilingkari awan membentuk bulatan sempurna.
Tiada langsung bengkok,
Berdiameter giga besar, tak mampu terakam.

Sayang, tak banyak bintang malam ni.

Berbicara dengan alam, sesama teman, memuji kuasa tuhan, muhasabah diri, menyedari kerdilnya kita sebagai hamba.

Seketika, awan lingkaran beransur hilang, ditiup angin.

Sudah, mari masuk ke rumah. Anak dara duduk diluar rumah malam-malam buta sangatlah tidak sopan. Haha.

p/s : oh, kawasan perumahan sini pukul 9 malam dah sunyi sepi.

carpe diem!

Gather ye rosebuds while ye may.